Kereta Sewa Johor Bahru

King Car Rental ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru, Johor. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Johor Bahru, Johor.
Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Johor. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.





Wednesday, 9 October 2019

800 HILANG PEKERJAAN DI UTUSAN MALAYSIA !



Hai, bagaimana pagi anda?
Pagi aku bermula dengan kekeliruan. Terjaga dengan fikiran biasa, kononnya perlu bersiap pergi ke kerja.
Dalam tempoh lebih dua bulan kebelakangan ini, aku akan bangun pagi dengan kekecewaan. Gaji tak masuk, jadi aku protes. Walaupun bangun awal, aku akan berlengah-lengah dalam bilik, dan akhirnya hampir menjelang tengah hari baru aku masuk ofis.
Pagi ini lain. Tiada lagi lengah-lengah. Aku sudah tak perlu pergi kerja.
Aku bukan lagi wartawan.
Dalam pasukan wartawan Utusan Malaysia, aku adalah yang paling muda. Kenangan aku bersama Utusan yang paling singkat.
Sebab itu, kalau aku sedih ia bukan sebab aku. Kalau aku runsing pun bukan sebab aku. Ia sebab beratus lagi kawan-kawan yang aku tak tahu bagaimana mereka mahu terima berita ini. Ada yang dah berpuluh tahun bekerja di Utusan.
Ya, aku tahu. Utusan bukan baik sangat di mata semua orang. Aku tahu peristiwa Malaysiakini dirampas komputernya itu pun pilu. Aku tahu. Aku cuma mahu bernostalgia tentang Utusan. Izinkan aku.
Berbulan-bulan kami kerja dalam tekanan. Mula dengan gaji lambat, perlahan-lahan ia bergerak ke gaji tertunggak. Akhirnya kini, kami terpaksa berurusan dengan Perkeso untuk memohon Skim Insurans Pekerjaan.
Kalau kau nak tahu, ketika Pengarang menyampaikan taklimat kepada kami semalam, ada seorang staf keretanya ditarik bank.
Aku tiada latar belakang kewartawanan. Tapi selepas sebulan bekerja di Utusan, aku mula rasa pasti aku mahu jadi wartawan seumur hidup.
Aku selerakan Anugerah MPI. Aku tak rasa aku akan begitu berselera untuk mengejar anugerah jika aku jadi cikgu.
Tahun lepas aku tercalon lima terbaik Anugerah Wartawan Muda. Ia hasil laporan aku tentang isu graduan pendidikan.
Tahun ni aku ingin cuba masuk rencana terbaik. Gila, aku bukan wartawan meja rencana pun. Tapi aku mahu cuba, kalah pun tak apa.
Bila dah jadi macam ni, aku pun tak tahu apa nak diimpikan lagi.
Buat yang bertanya situasi aku, jangan risau. Aku fikir aku akan dapat laluinya.
Cuma aku mohon buat mereka yang ada ihsan juga simpati, doakan semua bekas kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad ditemukan jalan lurus untuk terus mampu menampung kehidupan. Terima kasih.

CREDIT : Ku Syafiq

0 comments:

Post a Comment