Menyebut Johor, terdapat beberapa perkara yang sinonim dengan negeri
di selatan Semenanjung Malaysia ini seperti Legoland, pasukan bolasepak
JDT, UTM, TMJ,Gunung Ledang, Tambak Johor dan pelbagai lagi mercu tanda
lama dan terbaru.
Malah tidak ketinggalan juga makanan-makanan asal Johor yang kebanyakannya berasal daripada resipi orang Jawa. Oh tempat makan menarik di Johor Bahru, JB!
16 Tempat Makan Best di Johor Bahru Patut Cuba
#1 Asam Pedas Botak
145, Jalan Lumba Kuda, Johor BahruAsam pedas dan Johor sememangnya tidak dapat dipisahkan. Asam pedas yang terkenal biasanya dijumpai dan dikaitkan dengan Parit Jawa dan juga Kota Laksamana sebagai tempat makan asam pedas.
Namun, disini kami kongsikan tempat makan asam pedas yang sedap dan patut cuba di JB ini. Apabila sebut sahaja asam pedas yang sedap di JB, nama restoran ini sering menjadi pilihan biasanya.
Kami pasti, anda sudah boleh membayangkan kesedapan ikan goreng dimakan bersama-sama kuah asam pedas. Aduh!

#2 Onn Kitchen
Jalan Tarom (Kampung Bahru) 80100 Johor BahruDi Restoran On Kitchen, ada pelbagai menu yang boleh di cuba dan sedap disini apabila dilihat daripada pendapat orang ramai. Ada yang mencadangkan untuk mencuba menu lempeng bersama sambal tumisnya. Manakala ada yang menyarankan untuk mencuba roti canai, meehun sup dan nasi lemak. Nasi lemak sambal parunya dikatakan sedap dan mendapat pujian ramai.

#3 Restoran Sayam
Lorong Melati 4 (Taman Melati) 81200 Johor BahruJika anda inginkan kelaianan, dan mahu masakan Thai, restoran ini mungkin pilihan terbaik. Seperti biasa, pelbagai menu ala Thai dapat anda jumpa di sini. Dalam banyak-banyak menu, menu siakap stim lemon sangat disyorkan bersama tom yam Chiang Mai.

#4 Kacang Pool Haji
Medan Selera Larkin Bomba 80000 Johor BahruKedai makan ini sudah tidak asing jika di JB. Kedai yang wajib kami pergi jika berada di JB. Seolah-olah macam rumah mak ayah pula bunyinya. Kami pasti anda juga akan bersetuju dengan kami. Kedai yang dimasukkan adalah kedai Kacang Pool Haji. Menu utama di sini adalah Kacang Pool.

#5 Kopi Keju
34, Jalan Nibong 17 (Taman Daya) 81100 Johor BahruSejak fenomena pisang cheese, kita dapat lihat konsep gerai atau restoran yang menjual pisang cheese. Untuk peminat yang suka masakan berkonsepkan pisang goreng, jom terjah Kopi Keju.

#6 Haji Wahid Mee Rebus
L1-2 Plaza Angsana (Jalan Tampoi) 80120 Johor BahruKedai Haji Wahid Mee Rebus boleh dikatakan kedai makan legenda di JB. Ianya telah lama wujud dan mempunyai sulur galur sejarahnya tersendiri. Ianya bermula daripada Wak Baidali yang menjual mee rebus pada tahun 1918 sebelum anaknya Haji Wahid mengambil alih perniagaan tersebut pada tahun 1938.
#7 Murtabak Majid Special Cheese No1
No. 38 Lot 5581, Jalan Kurniawan, Kampung Kurnia, 80250 Johor BahruJika anda ingin merasai murtabak yang menarik, lokasi ini mungkin anda boleh terjah. Murtabak ini tidak seperti murtabak normal yang biasanya anda makan. Tetapi ini adalah murtabak cheese.
#8 Village Briyani Cafe
No. 15 Jalan Susur 1/1 (Jalan Tun Abdul Razak) Johor BahruJB juga mempunyai kedai makan yang menyediakan masakan India yang autentik. Ianya tidak jauh daripada Danga City Mall.

Bolehlah datang ke sini jika anda ingin mengetahui apa itu briyani udang.
#9 Bubur Nasi Istimewa No. 1
Jalan Sutera, Taman SentosaKedai makan ini juga antara tempat makan kegemaran kami jika ingin berkinjung semula ke JB. Bubur nasi Istimewa ini merupakan kedia makan yang menyediakan bubur nasi. Walaupun sekadar bubur, ianya sesutau yang menarik untuk kami.
kembali semula kepada kisah bubur, bubur di sini didatangi dalam satu set yang mempunyai beberapa lauk seperti ikan bilis, telur masin dan juga sayur. Lauknya pula banyak dan boleh dikatakan tidak terhabis.
#10 Warong Saga
Jalan Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor 80100Warong Saga ini juga wajib dan menarik untuk yang mencari masakan atau menu yang lain daripada yang lain. Apa yang sedap dan wajib cuba makan di sini adalah tauhu gorengnya. Boleh dikatakan menu yang berada dalam carta atas.
Kedai ini penuh dengan gambar. Tentang kenapa kedai makan ini dinamakan Warong Saga, ianya sebenarnya sangat berait rapat dengan kereta proton Saga yang dilancarkan pada tahun 1986, sama waktu kedai makan ini dibuka.
Kedai makan ini beroperasi daripada pukul 7 pagi sehinggalah tengah malam dan ditutup pada hari Isnin.
#11 Restoran Din BBQ / TUTUP Hanya Kenangan
32, Jalan Bestari 6/2, Taman Nusa Bestari, Johor BahruTempat makan menarik di JB dimulakan dengan Restoran Din BBQ yang menyajikan hidangan grill terbaik di Johor dengan makanan laut dan juga daging serta ayam yang dipanggang sempurna. Restoran ini menawarkan kelainan dalam rasa panggang yang amat menarik.
Kita boleh memesan apa sahaja makanan mengikut selera masing masing. Malahan kadar pemanggangan juga boleh ditetapkan kerana ada pelanggan yang gemarkan daging masak sepenuhnya dan ada juga yang gemarkan daging berjus di dalamnya.
Uniknya, kerja-kerja pemanggangan dilakukan sendiri oleh pemiliknya demi menjaga kualiti dan keaslian rasa BBQ di restoran ini. Daripada udang, sotong, ayam sehinggaah kepada kambing, hidangannya cukup mengasyikkan ditambah dengan kuah BBQ yang amatlah sedap.
#12 Roslin Beriani House
14, Jalan Rebana, Kebun Teh, 80250 Johor BharuJika anda di Johor dan tidak menikmati nasi beriani gam, anda telah melakukan kesilapan yang amat besar kerana di sinilah beriani gam bermula dan pastinya ia asli serta amat sedap. Walaupun bukan Muar, tetapi keaslian nasi beriani masih boleh dirasai di Roslin Beriani House yang terletak di Kebun Teh.
Dengan nasi lembut yang berperisa serta berempah beriani yang melekat, anda boleh memilih lauk pauk beriani yang terdiri daripada ayam, daging sehingga kepada kambing yang dimasak amat sedap dan dengan mudah menjerat deria rasa anda.
Bermula dengan pembuka selera seperti acar buah dan nenas yang dimasak berempah, anda akan seterusnya dihidangkan dengan nasi beriani yang sedap bersama lauk pauk pilihan.

#13 Kapten Steamboat & Grill
8/10 Jln Susur Tun Razak (Taman Suria Muafakat), 80200 Johor BahruKapten Steamboat & Grill merupakan pilihan bagi anda yang gemarkan makanan steamboat dalam suasana yang selesa dan santai. Restoran ini menampilkan hiasan dalaman yang amat indah dengan tema inggeris dan lautan.
Restoran ini turut memiliki kemudahan yang amat selesa termasuklah tempat solat serta kawasan permainan untuk kanak-kanak.
Makanan di sini juga tidak dapat dinafikan kualiti dan kesedapannya. Menu steamboat boleh dipesan secara buffet atau set bergantung kepada minat dan kuantiti makanan. Ia hadir dengan sos yang juga sedap. Komponen steamboatnya juga segar dan pelbagai.
Restoran ini juga sesuai untuk makan malam berkeluarga atau bersama rakan-rakan. Ia juga sesuai untuk sebarang majlis berskala sederhana. Harganya amat berpatutan dibandingkan dengan kualiti servis serta makanannya.
#14 Restoran Singgah Selalu /TUTUP Hanya Kenangan
36D, E, F, Jalan Skudai, 80200 Johor BahruRestoran Singgah Selalu bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan di JB. Setiap warga JB pasti tahu malah kemungkinan besar pernah menjamu selera di restoran ini. Ia juga sudah beroperasi berbelas tahun yang lalu. Terletak di sebelah lebuhraya Danga Bay, tugas mencari restoran ini juga bukanlah kerja yang susah.
Malah kualitinya juga amat tidak menghampakan. Akan tetapi, menu yang paling popular di sini adalah nasi goreng seafood yang sudah masyhur sejak lama. Nasi goreng ini sarat dengan seafood dan amat berbaloi membayar harganya. Begitu juga chicken chop blackpepper yang juga amat menyelerakan.
Di sini juga adalah tempat terbak berkumpul bersama rakan-rakan untuk bersantai mahupun menonton bolasepak kerana suasana yang agak meriah dan santai. Terdapat juga pentas untuk persembahan ‘live band’. Walaupun ada yang mengatakan makanannya mahal tetapi amat berbaloi.
#15 Restoran Seafood di Muara Sungai Pendas
Muara Sungai Pendas, Gelang Patah, JohorWalaupun tempat ini terletak di Gelang Patah, namun sukar untuk dikeluarkan daripada senarai JB kerana ia memang tempat makan seafood yang terbaik. Jaraknya dengan JB tidaklah terlalu jauh tetapi ia lebih dekat dengan Nusajaya.

Kedua-dua restoran menyajikan makanan yang hampir sama dengan kualiti terbaik yang juga setaraf. Cuma masing-masing memiliki rasa yang tersendiri.
Pastinya menu di kedua-dua restoran ini adalah menu makanan laut seperti masakan udang, ikan, sotong, ketam, kerang-kerangan yang boleh dipesan mengikut resipi pilihan anda. Malahan terdapat juga daging serta ayam yang juga dimasak dengan baik. Menu sayuran serta tomyam dan sup juga tidak ketinggalan dan tidak kurang hebatnya dari segi rasa. Selain itu, terdapat juga menu ala carte seperti nasi goreng dan mee.
Suasana restoran ini amat mendamaikan dengan latar pokok-pokok bakau serta pemandangan negara Singapura yang boleh dilihat dengan jelas di seberang laut.
#16 Medan Steamboat Lotun Van di Dataran Bandaraya
Dataran Bandaraya Johor BahruTempat makan malam paling ‘happening’ di JB pastinya di Dataran Bandaraya JB iaitu medan selera Lotun Van yang amat unik dan popular. Hidangan di sini adalah steamboat kerana sememangnya ia bertemakan steamboat. Semua lotun van menawarkan menu yang sama tetapi persaingan di sini amat sihat kerana pengunjunngnya juga amat ramai.
Boleh dikatakan masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri untuk mempamerkan makanan malah ada yang bijak menyesuaikan cucuk masinng-masing agar kelihatan menarik. Tetapi rasa sos masinng-masing adalah berbeza. Bagi pengunjung yang kerap pasti sudah boleh memilih van yang serasi dengan citarasa masinng-masing.

Selain steamboat dan yong taufoo, terdapat juga van yang menghidangkan makanan popular Johor seperti tauhu bakar dan juga bakso sebagai pilihan lain. Sambil makan, kita boleh bersantai sebelum berjalan-jalan di dataran JB di bawah naungan jam besar di situ.
Kesimpulan
Terlalu banyak tempat makanan yang terbaik di JB untuk dicuba samada waktu malam ataupun siang. Tetapi enam belas tempat tersebut adalah yang popular dan menjadi kelaziman masyarakat sederhana di JB.Mungkin ini bukan pilihan terbaik anda tetapi cukup sekadar panduan dan idea bagi sesiapa yang tidak biasa dengan JB. Semoga anda menyukai artikel tempat makan terbaik di Johor Bahru ini. Jangan lupa share atau like kalau menarik.
0 comments:
Post a comment