Kereta Sewa Johor Bahru

King Car Rental ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru, Johor. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Johor Bahru, Johor.
Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Johor. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.





Saturday, 22 April 2017

Tahukah Anda Simbol Amaran “E” Bukan Bermaksud Minyak Kereta Habis? - Kereta Sewa Johor Bahru


Kalau kita bawa kereta tiba-tiba muncul simbol E pasti dah gelabah fikir minyak dah habis kan? Kita pun mesti tidak tahu sejauh mana kereta anda masih boleh berjalan sekiranya simbol itu muncul berkelip-kelip.

Sebenarnya penting untuk kita semua tahu jarak perjalanan yang masih mampu diteruskan. Untuk mengelakkan kereta anda mati secara tiba-tiba, apa yang anda perlu tahu adalah:

1) Tangki kenderaan kita sebenarnya mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 50-60 km.

2) Satu lagi nak habak, E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud ‘Enough’.

3) Kalau Aircond kereta dimatikan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10 km.

4) Dan tambahan 10 km lagi jika anda memandu sekitar kelajuan 50 km/jam secara konsisten.

5) Jika perlu gunakan google map di telefon anda untuk mendapatkan lokasi stesen minyak yg terdekat.
 

Perkongsian berguna ini kami dapat daripada Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ iaitu,  Dato’ Ir Hj Mohamad b. Dalib . Jangan panik jika simbol E menyala, yang penting, anda harus tahu kempat-empat perkara itu dan pasti kita sebenarnya boleh bergerak sejauh sehingga 60-80km utk mencari stesen petrol berhampiran.

Sekiranya kereta anda mati ditengah jalan, jangan panik bolehlah hubungi pihak insuran untuk menghantar bantuan towing truck ke stesen petrol terdekat. Biasanya 50km pertama adalah percuma.

Jika memerlukan kereta sewa Johor Bahru, hubungi kami 0172244300 atau layari www.keretasewajb.com


0 comments:

Post a comment