Kereta Sewa Johor Bahru

King Car Rental ialah halaman web untuk mempromosikan perkhidmatan kereta sewa di Johor Bahru, Johor. Kami merupakan wakil penyewa kereta sewa di Johor Bahru, Johor.
Kami menyediakan Perkhidmatan Kereta Sewa untuk pelanggan samada individu atau korporat, tempatan mahupun antarabangsa di seluruh daerah di Johor. Kereta sewa kami boleh disewakan secara harian, mingguan mahupun bulanan.





Monday, 29 September 2014

Kereta Sewa Johor Bahru - Cuti Raya Haji



Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

car-rental-jb-qurban

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri. Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu

0 comments:

Post a Comment